Skip to main content

Soalan Lazim Mengenai RMC


Pertama sekali, tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Putera Baru yang melapor diri hari ini bagi sesi pengajian 2016/2017. Semoga anda semua cepat menyesuaikan diri dengan sekolah ini dan mempelajari sesuatu yang baru di sini. Sedar atau tidak, anda telah melepasi beberapa peringkat pemilihan sebelum layak bergelar Putera. Anda sememangnya cream of the cream dan layak untuk berada di RMC.

Bagi Senior Putera, semoga anda terus berusaha untuk mencapai staright A dalam SPM kelak. Fokus sepenuhnya pada pelajaran anda dan gunakan masa belajar sebaik mungkin. Ingat, kejayaan tidak akan datang tanpa usaha yang gigih dari anda.

Penulisan kali ini adalah beberapa soalan lazim yang sering ditanya kepada saya sebelum, semasa dan selepas menyertai RMC. Jadi, saya menulisnya di sini agar senang bakal Putera dan ibu bapa membuat rujukan kelak.

1. Kenapa masuk RMC? Ayah kerja askar?

Masuk RMC sebab tertarik dengan kehidupan ala tentera dekat sekolah ni. Saya ada dua pilihan lepas PMR iaitu RMC dan SMS Kubang Pasu. Bagi saya, cemerlang akademik sahaja tidak menjamin survival saya di dunia sebenar kelak. Jadi saya memilih RMC untuk melatih diri saya agar lebih bersedia dengan dunia luar. Nope, tak semestinya anak askar ja masuk RMC.


2. Kalau masuk RMC nanti jadi tentera la?

Tak. RMC ni belajar macam SBP lain, cuma diterapkan life ketenteraan. Ada aliran sains tulen dan ICT semasa saya belajar dahulu. Sains social pun ada kalau ramai yang memohon. Lepas SPM bebas nak pilih haluan lain selain ketenteraan. Tapi kalau minat boleh sambung UPNM.


3. Betul tak budak RMC senang masuk UPNM?

Yang ni pun tak jugak. Kalau nak masuk UPNM, kami pun kena hadir selection sama macam yang lain. Tak ada beza atau apa-apa keistimewaan. Kalau layak, layaklah. Kalau tak, balik kampung.


4. Kena ragging tak masuk RMC?

Bagi saya, ini persepsi salah masyarakat. Di sini kami dilatih ala tentera. Kalau salah, hukuman yang dikenakan pun ala tentera. Hukuman ini bukan bertujuan untuk mendera tetapi lebih kepada character building. Hanya pihak terentu sahaja yang diberi kuasa untuk jatuhkan hukuman. Dan untuk pengetahuan semua, ragging diharamkan di RMC.


5. Ada masa tak nak belajar? Dengan latihan ketenteraan lagi. 

Masa belajar semasa saya menjadi Putera bagi saya lebih dari cukup. Kelas dari 0740H sampai pukul 1400H. Kemudian sambung kelas prep dari 1500H sampai 1630H. Lepas tu Baris Sukan dan makan malam. Malam prep lagi start 2000H sampai 2230H. Then boleh lagi nak study dekat bilik sampai 2330H. Latihan ketenteraan hanya dijalankan pada hujung minggu atau semasa baris sukan. Jurulatih dilarang mengambil masa study untuk tujuan selain daripada study.


6. Makanan dekat sana macam mana? Bersih tak? Cukup makan tak budak-budak RMC?

Makanan kami dekat sini ala-ala pegawai. Dewan makan (Mess Putera) berhawa dingin. Hidangan enam kali sehari. Bagi saya lebih dari cukup. Dijamin bersih dan halal. Tapi kalau yang jenis kuat makan tak tau la.


7. Uniform, buku & barang-barang kena beli pakai duit sendiri?

Uniform, buku, dan beberapa peralatan dibekalkan. Senang cerita dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ditaja ATM. Masuk dan belajar sahaja.


8. Dapat elaun tak? 

Dapat, RM100 sebulan. Cukup la tu kan? Yang lain semua dapat free. Nak beli barang pun barang-barang mandi, makanan ringan macam tu ja.Tapi bulan ketiga (kalau tak salah) baru dapat elaun tu.

9. Boleh bawak phone/laptop/camera atau lain-lain gadget tak?
Masa saya belajar dulu tak boleh. Satu kesalahan besar kalau ditangkap. Tapi kalau tak salah saya sekarang dah dibenarkan bawak phone. Tapi phone yang tidak berkamera. Tapi saya kurang pasti pasal perkara ni sama ada semua Putera dibenarkan atau Pemegang Pangkat (Rankholders) sahaja.

10. Apa pedapat awak mengenai RMC?
Bagi saya, RMC merupakan platform terbaik untuk melatih diri menghadapi cabaran di dunia sebenar. Banyak perkara yang saya belajar di sini dan boleh diaplikasikan selepas saya keluar dari institusi tersebut. Antara perkara yang saya belajar di sana adalah menepati masa, cara bekerja berkumpulan, belajar untuk menerima pendapat orang lain, belajar menghormati ketua walaupun dia kawan kita dan banyak lagi. Ramai bekas-bekas Putera RMC yang berjaya dan memegang jawatan tinggi terutamanya dalam ATM. Jadi, wajarlah jika saya katakan bahawa RMC merupakan sekolah terbaik dalam membina sahsiah dan melahirkan ramai pemimpin.

OP Jomo Kwame Sundaram, G (67-70)

RMC di dada akkhbar

by
OP Muhammad Haidhar b Hazman, G (11-12)


Comments